Friday, December 28, 2012

Parenting Tips

Copy-paste je dari FB... J
*********************************************************
 
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).”
 
1.      Jangan pukul anak dari lutut keatas.
2.      Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Anak akan jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3.      Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
4.      Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.
5.      Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
6.      Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
7.      Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8.      Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9.      Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10.  Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11.  Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).
12.  Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13.  Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14.  Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15.  Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16.  Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17.  Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18.  Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19.  Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20.  Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21.  Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22.  Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
 
“Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
 
*********************************************************
 
 
 

Wednesday, October 10, 2012

Rasakan Penangan Rojak.. Pangggg!


Isnin baru ni, pagi-pagi lagi my GBS team dah remind pasal plan untuk lunch time. Makanan bekpes tadi pun masih melekat lagi kat tekak. Sungguh berkobar-kobar nak menjayakan misi mencari rojak pasembor. Mana la nak cari kt tengah-tengah highway kesas ni weiii...
 
Then baru teringat, kat area seksyen 15 ade kedai baru bukak. Nama kedai 'rojak subang jaya'. Hmmm....gerai rojak ss15 tu dah upgrade/ade branch ke sekarang?? Dulu masa duduk kat ss15, slalu jugak husband beli rojak, air kelapa & cendol kat situ. Nak kata sedap sangat, rasa macam biasa je. Tapi customer dia tak pernah lengang. Rileks je beratur panjang kat tengah panas. Nama aku nak beratur sekali, takde la. Kalau kebetulan lalu customer tak ramai baru aku beratur skali. Tu pun stakat beli air kelapa. Asal muka ni je, tokei tu dah tau dah, taknak gula & ais. Ape kes tambah-tambah ni?? Hilang nikmat rasa ori air kelapa tu. Nak pulak minum masa tengahari panas terik. Nikmatnyaaaaa.....
So lunch time kelmarin bermulalah misi rojakGBS. Nak cari parking punye la susah, dah la shophouses tu besar, time orang cari lunch, second round baru dapat parking. Sekali dapat, hambik kau, depan kedai terus. Kira kalau terlebih tekan minyak terus masuk kedaiii.. Masuk je kedai, eh eh...macam kenal je tokei kedai. Ohhh, betullah rojak ss15 tu dah pindah sini. Tapi tak tau la yg kat ss15 tu ade lagi tak.. Next time la aku tanye. Kedai dia sempoi. Kat depan ade kaunter rojak & cendol/kelapa/abc, dalam just ada tables untuk customer. Rasanye diorang baru sangat pindah. Lantai pun bersih je. Duduk je, waiter dia datang, habis order, baru pandang-pandang orang, cendol masing-masing sampai. Very the cepats. Ai sorang je order kelapa. Baru sekali sedut, rojak pun sampai. Portion rojak memang banyak, kalau setakat perut ai ni la. Kalau lupa baca bismillah, mungkin rasa tak cukup sebab setan-setan sebelah anda dapat merasa makan free. Tapi masa order tu lupa diri, siap tambah sotong & telur. Nasib baik habis. Tak habis kalu, anda se-geng dengan setan-setan tersebut. Rasa, mabelesss... boleh repeat makan kat sini. Dah tak pandang kiri kanan, masing-masing senyap mengadap makanan. Lepas tu tersandar kekenyangan. Dah la pakai uniform, dalam hati berdoa butang baju tak tercabutss.
Heading back to office, sunyi je dlm kereta. Rupanya mata masing-masing layu, perut kekenyangan. Nak sangat rojak kannnnn.....

 



Mission accomplished!

Thursday, October 4, 2012

Beads 1


Wahwah.. Sebulan sekali je entri.. Nampak nau la takde idea.. Arini nak publish my current interest. Projek ni dah lama siap, tapi sampai ke sudah la gambo nye kat dlm laptop. Takut sampai dah kena makan anai2 baru menggagau nak cari balik design ni. Buatnye pulak masa tu laptop rosak, menganga je la. Nak tempah, tak mampu makkk.. maka buat je la sendiri ye..
So, there we go..........
 

So far, ni je yg menjadi kat baju aku (intro kemain, ni jeeeeee?????) I'm sooo in love with beadings (^_^) InsyaAllah, there will be more.. First time buat design bunga tu, selama nih setakat yg halus2 ujung lengan tu ade la. Ni pun tengok kat internet.


Hazab wooh nak siapkan. Start dari mula puasa, sampai malam raya baru siap. Mana la tak berkurun nak siap, baru buat bunga seketul, sarung kat lengan, berangan depan cermin patplohpat kali, pusing2 depan husband sambil tanye ‘cantik tak?cantik tak?’, baaaruuu la sambung buat lagi seketul. Padahal bukannye banyak pun, sejemput2 jek. Lepas tu gatal tangan nak tambah2 kat badan pulak. Kebaya pulak tu, dah satu keje nak balance kan dua2 side. Nasib baik tahun ni tema biru, so nak tak nak memang kena siapkan. Kalau tak, raya tahun depan je la kau siap. Sekali dah basuh, macam lari pulak alignment bunga2 tu. Hadoiiih tensen makkk.. Amatur punye keje kan, camtu ler.. takpe, belajar dari kesilapan.


Tengoklah, lepas ni turn baju mana pulak jadi mangsa J

Friday, September 14, 2012

Jumaat yg indah..

batuk + selsema + period yg tgh heavy = sangat tak best

Tambah pulak dgn mood hari Jumaat yg penuh barokah + tenang, sambil dibayangi open houses yg dah bersusun start mlm ni smpai petang Ahad...

Maka, prestasi kerja pada hari ini dijangka sangat tidak produktif.

Sila salahkan diri sendiri ye..........

Sekian, terima kasih J

Wednesday, July 11, 2012

Sedetik Lebih


~ specially dedicated to my beloved husband (^_^) ~

 

setiap nafas yg dihembus
setiap degupan jantung
aku selalu memikirkanmu
dalam sedar dibuai angan
dalam tidur dan khayalan
aku selalu memikirkanmu
ternyata kuperlukan cinta
dari dirimu sayang
barulah terasa ku bernyawa
 
kasihku ku amat menyintai kamu
kerna kau beri erti hidup
ku kan terus mencinta
sedetik lebih
serta selamanya

di kala penuh ketakutan
dengan badai kehidupan
ku bersyukur adanya kamu
biarlah kehilangan semua yg dimiliki di dunia
asal masih adanya kamu

 

song by: Anuar Zain

Friday, May 11, 2012

what to do if your internet malfunction (unifi)


Last night our internet connection down for the first time since we subscribed unifi. Only internet. Both telephone and hypptv were ok.
As my attempt to restart all unifi devices came out with unsuccessful result, finally, i just called  the hotline (hehehe).

They can be reached in 1300881221, choose your preferred language, and then press 3 for technical support.

After some acct verifications and hypothesis (reporting to the team which indicator was stable, or blinking, or inactive) the result came out with.. the router problem..

So all I needed to do was, just login to 192.168.0.1, and followed the instruction given by unifi support team.
Basically, i was requested to rename my 'wifi name' and reset the password. And they would do some configuration (i guessed) at their end. And then TARAAAA.. done J


Credits to unifi support team, they're friendly and professional (^_^)



That's all for now. bye!



Tuesday, January 31, 2012

Bersyukurkah kita..?

Ada satu cerita, tentang seorang tokoh agama yg terkenal di daerahnya. Ujian Allah, anak yang dididik dgn penuh kasih sayang & diberikan ilmu akhirat yg mencukupi, berubah menjadi seorang yg sangat liar dan di luar batas seorang muslimah. Beliau merasakan dirinya sangat gagal & tercari2 kesilapan sendiri. Sedangkan ramai anak muridnya berjaya, tapi darah daging sendiri yg gagal dibentuk.

Suatu hari, beliau berjumpa dgn sahabat seperguruan. Lama tak berjumpa, mereka bertukar cerita tentang keadaan semasa. Akhirnya, beliau meluahkan kesedihan tentang anaknya. Selesai bercerita, lama mereka terdiam. Sahabat bertanya "Sepanjang hayat anak itu, pernahkah kamu bersyukur dgn kehadirannya?". Berkerut dahi tokoh tersebut menjawab "Semestinya aku bersyukur, dgn setiap yg Allah kurniakan."
Sahabat kembali bertanya "Adakah kamu benar2 bersyukur, dgn penuh tawaddu', dan selalu mendoakan kesejahteraannya..?". Agak lama tokoh tersebut terdiam, mengimbas kembali sejarah hayat anak itu.
Kemudian, sahabat itu itu memecah hening petang "Kamu tidak perlu menjawab soalanku, cukuplah hanya Allah yang tahu."

Malam itu, selesai bermunajat kpd Allah, beliau teringat kembali soalan sahabatnya. Ligat mindanya berputar. Lama beliau berteleku di atas sejadah.
'Ya Allah, memang aku mengucapkan perkataan syukur, tapi rupanya aku belum benar2 bersyukur dgn kehadiran anak itu..'
Lantas beliau menunaikan sujud syukur, sambil berdoa 'Aku bersyukur ya Allah, kerana dikurniakan anak ini, yang cukup sifatnya, yg mudah dipelihara sewaktu kecilnya, yg murah rezekinya, hingga mampu untukku sediakan keperluannya secukupnya.. Aku bersyukur ya Allah, dgn zuriat yg Engkau kurniakan kepadaku. Masih ramai insan yang mendambakan anugerahMu ini ya Allah, dan Engkau telah berikannya kepadaku, untuk aku tambah amalan ku buat bekalan di akhirat nanti. Walaupun sikapnya yg sebegitu, dia tetap anakku, amanah yg Engkau titipkan untukku. Segala puji bagiMu ya Allah.. Hanya Engkau yg Maha Mengetahui setiap kejadian di langit dan di bumi..' tanpa sedar, air matanya bercucuran membasahi sejadah.

Masa berlalu pergi. Hari2 beliau dipenuhi dgn kelas2 agama untuk anak2 muridnya. Suatu petang, setelah beberapa bulan terputus hubungan, dgn tak disangka, anak itu pulang ke rumahnya dgn penampilan yg sangat berbeza. Penampilan seorang muslimah.
Mata anak itu cukup utk menyatakan yg dia sudah insaf, dan ingin kembali ke pangkal jalan.
Tiada kata2 yg mampu diungkap oleh tokoh agama itu, selain ALHAMDULILLAH..



Bersyukurlah dgn apa yg kita ada, termasuk harta, anak2, keluarga, kawan2, kerja, bakat..
Berusahalah untuk menggalas amanah sebaik2nya, berikan yg terbaik utk setiap perkara..
dan yakinlah Allah akan memudahkan urusan kita..