Sebagai orang yg tak berapa nak minat dgn subjek Sejarah kat sekolah dulu, hari ni tergerak nak search pasal Natrah. Bukan salah silibus subjek tu (Sejarah), tapi aku memang tak minat nak hafal kronologi cerita based on tarikh. Kalau setakat nak hafal facts macam baca buku citer tu boleh la, tapiii, bab nak ingat tarikh tu, aku surrender. Nak pulak kalau sad ending (dah nama pun sejarah, mana boleh sukati tukar jadi happy endingggg..) Disebabkan subjek ni la jugak, result PMR & SPM aku diceriakan dgn kemunculan 'B'. Masa kat U pun setakat stok tak perlu repeat je (-_-)
Ok.. back to Aunty Natrah's story. Sedih bila baca kisah hidup beliau. Betapa jiwa terseksa kerana menjadi mangsa kpd kuasa perundangan pada masa tersebut.(ayat2 skema dah muncul.. hehe) Kisah sedih beliau bermula dlm usia awal belasan; terpisah drpd ibu angkat yg terlalu disayangi, dan suami yg baru dinikahi. Paling meruntun hati, apabila peristiwa tersebut menyebabkan rusuhan dan pertumpahan darah di Singapura kerana beliau dipaksa meninggalkan akidah yg semakin kuat dianuti. Setelah terpisah, Natrah yg telah pulang ke Belanda, dan suaminya di Malaya pernah beberapa kali berutus surat. Kekecewaan dan harapan yg tidak kesampaian akhirnya membuatkan Natrah mengalah utk kembali kpd agama asal keluarga kandungnya, dan berkahwin dgn pemuda serumpun.
Episod duka insan yg memiliki nama asal Maria Hertogh ini tidak berakhir di situ. Sebaliknya, setelah dikurniakan 10 orang anak (ramai tuuu), Natrah dituduh terbabit dlm konspirasi cubaan pembunuhan suaminya sendiri. Namun, beliau akhirnya dibebaskan kerana mahkamah bersimpati dgn nasibnya yg sudah diketahui umum, dan berpisah dgn suaminya secara rasmi. Selang beberapa tahun, beliau berkahwin dgn salah seorang pelanggan restoran miliknya. Namun, perceraian menjengah jua, disamping dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. Natrah membawa diri bersama kekasih barunya, untuk memulakan kehidupan baru di Amerika. Ingatan Natrah terhadap ibu angkatnya tidak pernah padam. Namun, hasrat beliau utk bertemu semula dgn ibu angkatnya tidak kesampaian akibat kesempitan hidup. Sepanjang kehidupannya di AS, Natrah pernah bekerja sbg tukang masak dan makcik cleaner di beberapa motel dan bangunan, utk menyara kehidupannya.
Beliau disahkan menghidap leukimia, dan akhirnya, bertempat di Belanda, kesengsaraan jiwa insan bernama Natrah berakhir, setelah beliau bertemu dgn PenciptaNya pada tahun 2009, ketika berumur 72 tahun..
--> This is only my review, for further information or deeper understanding, feel free to search for her biography in the internet J
No comments:
Post a Comment