Tuesday, November 30, 2010

ada apa dengan Natrah Maarof

Sebagai orang yg tak berapa nak minat dgn subjek Sejarah kat sekolah dulu, hari ni tergerak nak search pasal Natrah. Bukan salah silibus subjek tu (Sejarah), tapi aku memang tak minat nak hafal kronologi cerita based on tarikh. Kalau setakat nak hafal facts macam baca buku citer tu boleh la, tapiii, bab nak ingat tarikh tu, aku surrender. Nak pulak kalau sad ending (dah nama pun sejarah, mana boleh sukati tukar jadi happy endingggg..) Disebabkan subjek ni la jugak, result PMR & SPM aku diceriakan dgn kemunculan 'B'. Masa kat U pun setakat stok tak perlu repeat je (-_-)
Ok.. back to Aunty Natrah's story. Sedih bila baca kisah hidup beliau. Betapa jiwa terseksa kerana menjadi mangsa kpd kuasa perundangan pada masa tersebut.(ayat2 skema dah muncul.. hehe) Kisah sedih beliau bermula dlm usia awal belasan; terpisah drpd ibu angkat yg terlalu disayangi, dan suami yg baru dinikahi. Paling meruntun hati, apabila peristiwa tersebut menyebabkan rusuhan dan pertumpahan darah di Singapura kerana beliau dipaksa meninggalkan akidah yg semakin kuat dianuti. Setelah terpisah, Natrah yg telah pulang ke Belanda, dan suaminya di Malaya pernah beberapa kali berutus surat. Kekecewaan dan harapan yg tidak kesampaian akhirnya membuatkan Natrah mengalah utk kembali kpd agama asal keluarga kandungnya, dan berkahwin dgn pemuda serumpun.
Episod duka insan yg memiliki nama asal Maria Hertogh ini tidak berakhir di situ. Sebaliknya, setelah dikurniakan 10 orang anak (ramai tuuu), Natrah dituduh terbabit dlm konspirasi cubaan pembunuhan suaminya sendiri. Namun, beliau akhirnya dibebaskan kerana mahkamah bersimpati dgn nasibnya yg sudah diketahui umum, dan berpisah dgn suaminya secara rasmi. Selang beberapa tahun, beliau berkahwin dgn salah seorang pelanggan restoran miliknya. Namun, perceraian menjengah jua, disamping dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. Natrah membawa diri bersama kekasih barunya, untuk memulakan kehidupan baru di Amerika. Ingatan Natrah terhadap ibu angkatnya tidak pernah padam. Namun, hasrat beliau utk bertemu semula dgn ibu angkatnya tidak kesampaian akibat kesempitan hidup. Sepanjang kehidupannya di AS, Natrah pernah bekerja sbg tukang masak dan makcik cleaner di beberapa motel dan bangunan, utk menyara kehidupannya.
Beliau disahkan menghidap leukimia, dan akhirnya, bertempat di Belanda, kesengsaraan jiwa insan bernama Natrah berakhir, setelah beliau bertemu dgn PenciptaNya pada tahun 2009, ketika berumur 72 tahun..

--> This is only my review, for further information or deeper understanding, feel free to search for her biography in the internet J

Tuesday, November 2, 2010

1st attempt.. success!

Last Friday, I'd managed to make something awesome.. my own fruit tartlets FINALLY *wink* (resepinye harus la dicari kat internet.. heheh)over excited plak. Maklumla, first time. Lepas ni boleh la try resepi lain. Kesian tgk oven tu, asyik jadik tempat simpan lauk je.. mana dpt resepi? sila pegi kat sini ye..

Tartlets in the making


Tadaa!!
 



Knape tetiba rajin nak buat tartlets ni ye..? (wahh..perasan rajin, mau terkejut jiran2 pukul 1 pagi bau orang bakar kuih) ~sbnrnye tak tau nak bawak apa utk pot luck raya Mr Love on the next day (^_^)


     


Acara mengejar Arief

singgah playground.. weehoo!

 

penat dah..sampai je rumah, terus mintak susu..

Friday, October 15, 2010

suke statement ni

'Hidup ini terlalu singkat utk diisi dgn sengketa & airmata.. Walaupun dilingkari dgn kedukaan, cuba penuhi dgn keamanan, kemaafan & kasih syg sesama insan..'

Statement ni aku dapat while driving to office last week. Dengar kat IKIM.fm. Tak ingat dah apa nama ustaz tu.

Hmm..bila fikir balik, memang stuju sangat dgn apa yg ustaz tu cakap.. Tak semestinya org yang luarannya nampak senang, bahagia, betul2 merasa nikmat hidup, dan tak semestinya orang yg luarannya nampak susah, sengsara, betul2 terseksa dgn keadaannya. No matter how sad our life story would be, kita tak sepatutnya terus bersedih, mengeluh, dan salahkan takdir.. try adapt with the situation, lambat laun kita akan rasa kenikmatan, & kesyukuran, betapa beruntungnya kita dari org lain...

Tuesday, September 21, 2010

first entry yg tak tau nak letak apa

Lately ni saya dah ada hobi baru. Seronok pulak baca blog orang. So, atas kesedaran yg I should share something with others, maka wujudlah blog ni. 
Hopefully, there'll be something in this blog that can benefit others =)