Copy-paste je dari FB... J
*********************************************************
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).”
“Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).”
1.
Jangan pukul anak dari lutut keatas.
2.
Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul
anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Anak
akan jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3.
Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara
saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
4.
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan
merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan.
5.
Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
6.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang.
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan
dengan persekitaran.
7.
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang
itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus
membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10. Di
dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11. Dengarlah
cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang
giliran untuk bercakap).
12. Tenangkan
anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13. Tunjukkan
kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14. Buatkan
sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda
belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan
belajar menghargai orang lain).
15. Kemungkinan
anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin
memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16. Luangkanlah
masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam
kehidupan anda suami isteri.
17. Dengarlah
mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia
mereka.
18. Hargailah
permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.
19. Janganlah
membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20. Terimalah
yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.
21. Jangan
selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa
kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22. Anak
menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound
effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang
anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda
mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
*********************************************************