Isnin baru ni, pagi-pagi lagi my GBS team dah remind
pasal plan untuk lunch time. Makanan bekpes tadi pun masih melekat lagi kat
tekak. Sungguh berkobar-kobar nak menjayakan misi mencari rojak pasembor. Mana
la nak cari kt tengah-tengah highway kesas ni weiii...
So lunch time kelmarin bermulalah misi rojakGBS. Nak
cari parking punye la susah, dah la shophouses tu besar, time orang cari lunch,
second round baru dapat parking. Sekali dapat, hambik kau, depan kedai terus.
Kira kalau terlebih tekan minyak terus masuk kedaiii.. Masuk je kedai, eh
eh...macam kenal je tokei kedai. Ohhh, betullah rojak ss15 tu dah pindah sini.
Tapi tak tau la yg kat ss15 tu ade lagi tak.. Next time la aku tanye. Kedai dia
sempoi. Kat depan ade kaunter rojak & cendol/kelapa/abc, dalam just ada
tables untuk customer. Rasanye diorang baru sangat pindah. Lantai pun bersih
je. Duduk je, waiter dia datang, habis order, baru pandang-pandang orang,
cendol masing-masing sampai. Very the cepats. Ai sorang je order kelapa. Baru
sekali sedut, rojak pun sampai. Portion rojak memang banyak, kalau setakat
perut ai ni la. Kalau lupa baca bismillah, mungkin rasa tak cukup sebab
setan-setan sebelah anda dapat merasa makan free. Tapi masa order tu lupa diri,
siap tambah sotong & telur. Nasib baik habis. Tak habis kalu, anda se-geng
dengan setan-setan tersebut. Rasa, mabelesss... boleh repeat makan kat sini.
Dah tak pandang kiri kanan, masing-masing senyap mengadap makanan. Lepas tu
tersandar kekenyangan. Dah la pakai uniform, dalam hati berdoa butang baju tak
tercabutss.
Heading back to office, sunyi je dlm kereta. Rupanya
mata masing-masing layu, perut kekenyangan. Nak sangat rojak kannnnn.....
Mission accomplished!