Tuesday, January 31, 2012

Bersyukurkah kita..?

Ada satu cerita, tentang seorang tokoh agama yg terkenal di daerahnya. Ujian Allah, anak yang dididik dgn penuh kasih sayang & diberikan ilmu akhirat yg mencukupi, berubah menjadi seorang yg sangat liar dan di luar batas seorang muslimah. Beliau merasakan dirinya sangat gagal & tercari2 kesilapan sendiri. Sedangkan ramai anak muridnya berjaya, tapi darah daging sendiri yg gagal dibentuk.

Suatu hari, beliau berjumpa dgn sahabat seperguruan. Lama tak berjumpa, mereka bertukar cerita tentang keadaan semasa. Akhirnya, beliau meluahkan kesedihan tentang anaknya. Selesai bercerita, lama mereka terdiam. Sahabat bertanya "Sepanjang hayat anak itu, pernahkah kamu bersyukur dgn kehadirannya?". Berkerut dahi tokoh tersebut menjawab "Semestinya aku bersyukur, dgn setiap yg Allah kurniakan."
Sahabat kembali bertanya "Adakah kamu benar2 bersyukur, dgn penuh tawaddu', dan selalu mendoakan kesejahteraannya..?". Agak lama tokoh tersebut terdiam, mengimbas kembali sejarah hayat anak itu.
Kemudian, sahabat itu itu memecah hening petang "Kamu tidak perlu menjawab soalanku, cukuplah hanya Allah yang tahu."

Malam itu, selesai bermunajat kpd Allah, beliau teringat kembali soalan sahabatnya. Ligat mindanya berputar. Lama beliau berteleku di atas sejadah.
'Ya Allah, memang aku mengucapkan perkataan syukur, tapi rupanya aku belum benar2 bersyukur dgn kehadiran anak itu..'
Lantas beliau menunaikan sujud syukur, sambil berdoa 'Aku bersyukur ya Allah, kerana dikurniakan anak ini, yang cukup sifatnya, yg mudah dipelihara sewaktu kecilnya, yg murah rezekinya, hingga mampu untukku sediakan keperluannya secukupnya.. Aku bersyukur ya Allah, dgn zuriat yg Engkau kurniakan kepadaku. Masih ramai insan yang mendambakan anugerahMu ini ya Allah, dan Engkau telah berikannya kepadaku, untuk aku tambah amalan ku buat bekalan di akhirat nanti. Walaupun sikapnya yg sebegitu, dia tetap anakku, amanah yg Engkau titipkan untukku. Segala puji bagiMu ya Allah.. Hanya Engkau yg Maha Mengetahui setiap kejadian di langit dan di bumi..' tanpa sedar, air matanya bercucuran membasahi sejadah.

Masa berlalu pergi. Hari2 beliau dipenuhi dgn kelas2 agama untuk anak2 muridnya. Suatu petang, setelah beberapa bulan terputus hubungan, dgn tak disangka, anak itu pulang ke rumahnya dgn penampilan yg sangat berbeza. Penampilan seorang muslimah.
Mata anak itu cukup utk menyatakan yg dia sudah insaf, dan ingin kembali ke pangkal jalan.
Tiada kata2 yg mampu diungkap oleh tokoh agama itu, selain ALHAMDULILLAH..



Bersyukurlah dgn apa yg kita ada, termasuk harta, anak2, keluarga, kawan2, kerja, bakat..
Berusahalah untuk menggalas amanah sebaik2nya, berikan yg terbaik utk setiap perkara..
dan yakinlah Allah akan memudahkan urusan kita..