Thursday, May 2, 2013

Rule 72



taken from FB, originally shared by Mimawealth@Facebook
 
 
***********************************************************
 
 

 

WANG SIMPANAN ANDA DI BANK MAKIN KURANG SETIAP HARI WALAUPUN ANDA TAK KELUARKAN. TAK PERCAYA? Pernahkah anda mendengar tentang Hukum 72?

Hukum 72 digunakan dalam bidang kewangan untuk mengira berapa lamakah jangkamasa yang diambil bagi seseorang untuk menggandakan wangnya, seperti berapa lamakah untuk RM100 anda menjadi RM200.

Cara pengiraannya mudah. Anda hanya perlu tahu berapakah pulangan yang diberi oleh tempat di mana wang anda disimpan. Contohnya, akaun simpanan biasa atau al-wadiah memberi pulangan kira-kira 1% setahun. Maka angka 72 dibahagi dengan 1, jawapannya ialah 72. Wang anda akan mengambil masa 72 tahun untuk berganda jika disimpan dalam instrumen ini!

Akaun semasa atau al-mudharrabah pula memberi pulangan kira-kira 3% setahun. Maka 72 dibahagi dengan 3, jumlahnya ialah 24. Maka di dalam instrumen ini, wang anda akan mengambil masa hanya 24 tahun untuk bertambah 2 kali ganda! Ini bererti 48 tahun lebih cepat daripada akaun simpanan biasa!

Bagaimana pula jika wang anda disimpan dalam amanah saham yang memberi pulangan lebih kurang 8% setahun? 72/8 = 9. Hanya 9 tahun diperlukan untuk menggandakan wang anda melalui instrumen ini. Hebat bukan? Semakin tinggi pulangan yang diberikan oleh simpanan anda, semakin cepatlah ia berganda-ganda.

Hukum 72 juga digunakan untuk kita menganggarkan bilakah masanya wang kita akan susut nilainya sebanyak 50%. Bahagikan angka 72 dengan kadar inflasi di negara kita. Sekiranya kadar inflasi adalah 4%, maka 72/4 = 18. Ertinya dalam masa 18 tahun lagi wang RM100 anda akan jatuh nilainya bersamaan dengan RM50 sekarang!

Masihkah anda ingat harga sebiji kuih karipap 10 tahun yang lalu? Hanya 30 sen bukan? Tetapi sekarang, anda hanya boleh membelinya dengan harga 40 sen sebiji. Ertinya, wang kita telah susut nilainya sebanyak 25% dalam jangkamasa lebih kurang 10 tahun sahaja!

Maka, adalah lebih bijak sekiranya anda memilih instrumen simpanan yang memberikan anda kadar pulangan yang lebih daripada kadar inflasi. Sekiranya anda menyimpan wang anda sebanyak-banyaknya di dalam akaun simpanan biasa yang memberi pulangan hanya 1% setahun, sedangkan kadar inflasi adalah 4% setahun, ini bererti wang anda bukannya semakin berganda, tetapi semakin menyusut nilainya sebanyak 3% setahun!

Tetapi janganlah pula anda terlalu ghairah untuk mendapatkan pulangan wang yang terlalu tinggi. Perlu diingat, dalam pelaburan, semakin tinggi pulangan, ertinya risiko kerugian yang anda hadapi juga adalah lebih tinggi. Pastikan instrumen yang anda pilih adalah yang bersesuaian dengan “risk profile” anda. Jangan kerana ingin kaya cepat, anda terperangkap dalam skim cepat kaya! Berhati-hatilah dalam memilih instrumen simpanan atau pelaburan anda. Pastikan ianya mematuhi syari'ah dan undang-undang negara.

 




Tuesday, April 2, 2013

mind your words, please..



Assalamualaikum.. lama tak menulis.. harap sihatlah hendaknye..my life is getting busier with new project, or I should call it a new phase of my personal development. Dah masuk 30an ni, kena la review balik, mana2 yg kurang, ditambah; mana2 yg lebih, dikurangkan J
 
Memandangkan PRU13 is just around the corner, nampaknye parti2 politik ni dah start warm-up berkempen. Kat TV, internet, sokabar dah macam2 ‘iklan’/strategi keluar. Baru2 ni selalu sgt la dapat SMS dari nombor yg tak kenal. Semua dok berkempen.. And this is one of the example.
I know this is a bulk SMS and nobody will care to read the replies, but I do hope someone is there to read it. It really makes me sick on how they insulting each other. Don't care which party you're from. Cara ‘pendekatan’ anda melambangkan personaliti anda. Kan elok kalau berkempen secara sihat & professional. Tak payah memburukkan sesama sendiri.
 
Saya adalah orang awam yang membaca & melihat perkembangan politik secara menyeluruh. Dan, saya akan kekalkan undi saya sebagai rahsia, sehingga hari membuang undi.
Ada mata, lihat.
Ada telinga, dengar.
Ada akal, fikir.
 
"Wahai orang2 yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang2 yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbangrasa), kerana Allah lebih bertimbangrasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." -Surah An-Nisaa', ayat 135.



Thursday, January 3, 2013

Adab Ketika Belajar

Last week ada briefing kat Masjid SSAAS pasal Kelas Pengajian Bersijil 2013. In between tu, ada la diorang selitkan sekali ceramah oleh Ustaz Uda Kassim. Kat bawah ni yang sempat disalin. Point daripada Ustaz adalah yang bold ye, huraian tu aku buat sendiri kasi faham. Kalau ada point yang tertinggal, mungkin masa tu diri ini sedang tawaf masjid cari toilet.
 
Banyak bersabar, buat apa yg guru suruh (selagi yang baik).
Basically, apa yang guru suruh tu, ada kebaikan yang mungkin muridnya tak faham masa tu. Mostly bertujuan untuk membersihkan hati/buang riak. So kalau tak tau, kita berhak tanya. Kalau guru diam, cuba bersangka baik. Try fikir sendiri, takkan semua nak kena suap.. Compare with student skarang, asal tak puas hati je, siap la kereta cikgu kena sagat. Silap2 kena saman. Dah la kau nak ambik ilmu dia, lepas tu main saman2 pulak. Kalau dah rasa pandai sangat, tak payah la nak dengki kan cikgu tu, pi cari cikgu lain. Takde lagi kita dengar cikgu saman murid, sebab tak appreciate ilmu yang dia bagi.
 
Jangan gerakkan bibir bersama dengan guru, dengar dahulu.
Jangan bercakap selagi guru tak izinkan. Ni, asal cikgu bukak mulut, ade je yang menyampuk. Segala benda nak ditanya. Kita kena faham, guru ni pun manusia biasa, macam2 cara penyampaian. Nak pulak jenis guru yg panjang mukadimahnye. Elok2 dia dah nak masuk point, dah ke laut peginye. Terencat point yang guru tu nak sampaikan. Sedar2 dah habis masa. So tutup buku, balik je la. Apapuntakdapat.
 
Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi.
Seeloknya, pergi ke guru instead of guru datang ke kita. Ulangan, seeloknya. Bukan tak boleh kalau kita mintak guru datang, ajar kat rumah kita. Boleh.. Cuma kita akan rasa lebih bersemangat untuk belajar kalau terkejar2 masa, berebut2 nak cari parking, berpeluh2 nak menapak ke kelas. Elok je masuk kelas, takde elektrik.. belajar la dalam kemasaman ketiak masing2. Baru la adventure. Baru la akan terdetik dalam hati 'susah2 aku pegi kelas, kalau fail exam memang tak berbaloi'.
 
Hormati harta guru.
Ustaz ni cerita, kalau orang dulu2, masa hari raya, lepas je solat sunat makbapak tak bagi balik rumah selagi tak ziarah rumah tok guru. Sekali sampai, halaman penuh dengan daun. Budak2 dulu tak kisah, terus cari penyapu, bersihkan sampah2. Nak naik rumah pulak kena cuci kaki, ceduk air kat tempayan dulu. Jengah dalam tempayan, alahai..katak pun segan nak singgah. So diorang gigih ambik air dari sungai kat belakang rumah, re-fill tempayan tok guru. Tu belum lagi buat apa2 yang patut kat atas rumah. Maklumlah, tok guru pun dah uzur. Disebabkan ada rasa hormat, apa yang diorang belajar, mostly still boleh ingat walaupun dah berpuluh tahun.
 
Rendahkan diri/pangkat ketika berguru.
Point yang ni biasanye applied for orang2 tertentu. Mentang2 drive kereta besar, pandang guru yang drive kereta bumper nak roboh pun ujung mata je. Pangkat yang kita ada ni duniawi je. Habis besar pun, orang akan buat biography, letak kat library. Macamana pangkat kita disisi Allah..? Siapa lagi besar, kita atau guru..?
 
Jangan uji& compare guru, hormati apa yang guru sampaikan. Tanya dengan rendah diri, masa yg sesuai, jangan sampai jatuhkn maruah guru.
Setiap guru ada pendapat masing2. Sedangkan mazhab pun ada perbezaan pendapat, inikan pulak guru. Kalau rasa tak sesuai/serasi dengan guru tersebut, lebih baik tinggalkan dengan rasa hormat. Kalau nak bertanya pun, cari ayat yang paling sesuai, jangan sampai guru terasa yang kita perkecilkan ilmu yang dia ada. By the way, guru sebenarnye tahu soalan yang diajukan tu datang dari org yang betul2 nak tahu, atau just nak uji dia.
 
Kenapa mesti ada adab ni? Orang yang tak amalkan adab2 ni pun pandai2 jugak.
Ye, memang diorang pandai, tapi percayalah, tak lama mana pun ilmu tu lekat.
 
Keberkatan ilmu, dapat manfaat ilmu sepenuhnya. Pernah dengar tak, hamba Allah ni belajar sampai ke Mesir, education background memang tip top, tapi still buat maksiat.. Lifestyle tak melambangkan Islam hadhari. Hmm.. Kenapa ye..? Lu pikir la sindri.

lmu itu cahaya dari Allah, melalui guru. Just remember, setiap apa yang guru sampaikan (selagi baik) semuanya datang dari Allah. Allah yang gerakkan hati, kaki, tangan, mulut guru tersebut untuk sampaikan ilmu kepada kita. Berani ke kita tak beradab dengan Tuhan yang mencipta kita? After all, Allah jugak yang gerakkan hati kita untuk pegi belajar..
 
Belajar bukan untuk pandai, tapi untuk lebih taat kepada Allah.. Setan pun pandai, tapi tak taat kepada Allah...
I believe banyak lagi adab2 masa belajar ni. So far, ni je yang dapat. Sama2 kita share ye J
 
p/s: ceramah di atas adalah berdasarkan guru-guru yang berkaliber ye, tak boleh apply utk guru-guru yang hampeh.
 


Friday, December 28, 2012

Parenting Tips

Copy-paste je dari FB... J
*********************************************************
 
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).”
 
1.      Jangan pukul anak dari lutut keatas.
2.      Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Anak akan jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3.      Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
4.      Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.
5.      Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
6.      Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
7.      Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8.      Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9.      Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10.  Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11.  Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).
12.  Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13.  Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14.  Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15.  Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16.  Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17.  Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18.  Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19.  Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20.  Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21.  Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22.  Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
 
“Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
 
*********************************************************
 
 
 

Wednesday, October 10, 2012

Rasakan Penangan Rojak.. Pangggg!


Isnin baru ni, pagi-pagi lagi my GBS team dah remind pasal plan untuk lunch time. Makanan bekpes tadi pun masih melekat lagi kat tekak. Sungguh berkobar-kobar nak menjayakan misi mencari rojak pasembor. Mana la nak cari kt tengah-tengah highway kesas ni weiii...
 
Then baru teringat, kat area seksyen 15 ade kedai baru bukak. Nama kedai 'rojak subang jaya'. Hmmm....gerai rojak ss15 tu dah upgrade/ade branch ke sekarang?? Dulu masa duduk kat ss15, slalu jugak husband beli rojak, air kelapa & cendol kat situ. Nak kata sedap sangat, rasa macam biasa je. Tapi customer dia tak pernah lengang. Rileks je beratur panjang kat tengah panas. Nama aku nak beratur sekali, takde la. Kalau kebetulan lalu customer tak ramai baru aku beratur skali. Tu pun stakat beli air kelapa. Asal muka ni je, tokei tu dah tau dah, taknak gula & ais. Ape kes tambah-tambah ni?? Hilang nikmat rasa ori air kelapa tu. Nak pulak minum masa tengahari panas terik. Nikmatnyaaaaa.....
So lunch time kelmarin bermulalah misi rojakGBS. Nak cari parking punye la susah, dah la shophouses tu besar, time orang cari lunch, second round baru dapat parking. Sekali dapat, hambik kau, depan kedai terus. Kira kalau terlebih tekan minyak terus masuk kedaiii.. Masuk je kedai, eh eh...macam kenal je tokei kedai. Ohhh, betullah rojak ss15 tu dah pindah sini. Tapi tak tau la yg kat ss15 tu ade lagi tak.. Next time la aku tanye. Kedai dia sempoi. Kat depan ade kaunter rojak & cendol/kelapa/abc, dalam just ada tables untuk customer. Rasanye diorang baru sangat pindah. Lantai pun bersih je. Duduk je, waiter dia datang, habis order, baru pandang-pandang orang, cendol masing-masing sampai. Very the cepats. Ai sorang je order kelapa. Baru sekali sedut, rojak pun sampai. Portion rojak memang banyak, kalau setakat perut ai ni la. Kalau lupa baca bismillah, mungkin rasa tak cukup sebab setan-setan sebelah anda dapat merasa makan free. Tapi masa order tu lupa diri, siap tambah sotong & telur. Nasib baik habis. Tak habis kalu, anda se-geng dengan setan-setan tersebut. Rasa, mabelesss... boleh repeat makan kat sini. Dah tak pandang kiri kanan, masing-masing senyap mengadap makanan. Lepas tu tersandar kekenyangan. Dah la pakai uniform, dalam hati berdoa butang baju tak tercabutss.
Heading back to office, sunyi je dlm kereta. Rupanya mata masing-masing layu, perut kekenyangan. Nak sangat rojak kannnnn.....

 



Mission accomplished!

Thursday, October 4, 2012

Beads 1


Wahwah.. Sebulan sekali je entri.. Nampak nau la takde idea.. Arini nak publish my current interest. Projek ni dah lama siap, tapi sampai ke sudah la gambo nye kat dlm laptop. Takut sampai dah kena makan anai2 baru menggagau nak cari balik design ni. Buatnye pulak masa tu laptop rosak, menganga je la. Nak tempah, tak mampu makkk.. maka buat je la sendiri ye..
So, there we go..........
 

So far, ni je yg menjadi kat baju aku (intro kemain, ni jeeeeee?????) I'm sooo in love with beadings (^_^) InsyaAllah, there will be more.. First time buat design bunga tu, selama nih setakat yg halus2 ujung lengan tu ade la. Ni pun tengok kat internet.


Hazab wooh nak siapkan. Start dari mula puasa, sampai malam raya baru siap. Mana la tak berkurun nak siap, baru buat bunga seketul, sarung kat lengan, berangan depan cermin patplohpat kali, pusing2 depan husband sambil tanye ‘cantik tak?cantik tak?’, baaaruuu la sambung buat lagi seketul. Padahal bukannye banyak pun, sejemput2 jek. Lepas tu gatal tangan nak tambah2 kat badan pulak. Kebaya pulak tu, dah satu keje nak balance kan dua2 side. Nasib baik tahun ni tema biru, so nak tak nak memang kena siapkan. Kalau tak, raya tahun depan je la kau siap. Sekali dah basuh, macam lari pulak alignment bunga2 tu. Hadoiiih tensen makkk.. Amatur punye keje kan, camtu ler.. takpe, belajar dari kesilapan.


Tengoklah, lepas ni turn baju mana pulak jadi mangsa J

Friday, September 14, 2012

Jumaat yg indah..

batuk + selsema + period yg tgh heavy = sangat tak best

Tambah pulak dgn mood hari Jumaat yg penuh barokah + tenang, sambil dibayangi open houses yg dah bersusun start mlm ni smpai petang Ahad...

Maka, prestasi kerja pada hari ini dijangka sangat tidak produktif.

Sila salahkan diri sendiri ye..........

Sekian, terima kasih J